JANA IMPIAN HOMESTAY


Utama   |   Pelancongan di Taiping  |   Aduan Homestay   
Dasar Privasi   |   Dasar Keselamatan
TEL: 019 - 474 5785   |   E-MEL: [email protected]

TEMPAT CADANGAN UNTUK DI LAWATI

Taman Tasik Taiping (Taiping Lake Gardens)

Taman awam tertua di Malaysia yang terkenal dengan landskap indah, tasik buatan, dan pokok hujan besar berusia ratusan tahun. Tempat yang sesuai untuk bersantai, beriadah dan fotografi.

Zoo Taiping & Night Safari

Zoo pertama di Malaysia dan satu-satunya zoo yang menawarkan Night Safari. Menempatkan lebih 1,300 haiwan termasuk spesies tempatan dan eksotik seperti harimau Malaya, tapir, dan gajah Asia.

Bukit Larut (Maxwell Hill)

Bukit peranginan beriklim sejuk yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, rumah peranginan kolonial dan trek mendaki. Akses utama adalah melalui kenderaan 4x4 yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Muzium Perak

Muzium tertua di Malaysia (ditubuhkan pada 1883) yang mempamerkan koleksi etnologi, zoologi, geologi dan sejarah alam. Bangunan bersejarah bergaya kolonial British.

Kuala Sepetang (Port Weld)

Sungai Matang & Hutan Paya Bakau – lawatan bot melihat kelip-kelip dan aktiviti eko-pelancongan.
- Mee Udang Banjir – makanan terkenal di kawasan ini.
- Jeti nelayan & kilang arang – pelancongan industri dan budaya.

Bukit Merah Laketown Resort (±30 minit dari Taiping)

Taman tema air dan resort keluarga. Menawarkan pelbagai permainan air, mini zoo dan lawatan ke Orang Utan Island – pusat pemuliharaan orang utan di tasik buatan.

Stesen Keretapi Taiping Lama

Antara stesen keretapi pertama di Tanah Melayu. Walaupun kini tidak digunakan, bangunannya masih berdiri sebagai mercu tanda warisan.

Menara Jam Lama Taiping (Old Clock Tower)

Dibina sekitar 1881, ia merupakan antara menara jam tertua di Malaysia. Terletak di tengah bandar, menara ini menjadi lambang sejarah era kolonial British di Taiping.

Penjara Taiping Lama

Penjara tertua di Malaysia (ditubuhkan 1879). Walaupun tidak dibuka kepada umum, ia merupakan mercu tanda penting dalam sejarah pentadbiran kolonial dan sistem keadilan awal.

Jalan Barrack & Restoran Ikonik

Kawasan ini terkenal dengan warung dan restoran lama – sesuai untuk pengalaman kulinari tempatan seperti cendol, laksa, char kuey teow dan kopi warisan.

Kampung Dew – Kelip-Kelip & Aktiviti Sungai

Kampung tradisional berhampiran Kuala Sepetang yang terkenal dengan lawatan bot melihat kelip-kelip di sepanjang Sungai Sepetang, terutamanya waktu malam. Juga terdapat ladang ternakan udang dan pemandangan matahari terbenam yang memukau.

Kilang Arang Kuala Sepetang

Pelawat boleh melihat secara dekat proses tradisional menghasilkan arang menggunakan kayu bakau. Sebahagian daripada lawatan eko-pelancongan Kuala Sepetang yang sangat informatif.

Perpustakaan Awam Taiping (Bangunan Lama)

Terletak dalam bangunan bersejarah, perpustakaan ini juga menjadi tempat rujukan sejarah Taiping dan kawasan sekitarnya. Pada asalnya, Bangunan ini merupakan bangunan kerajaan dan pernah menjadi premis Charted Bank of India, Australia dan China yang kemudianya dikenali sebagai Standed Charted Bank yang telah membuka agensinya di Bandar Taiping dalam tahun 1888.

Spritzer EcoPark

Sebuah taman ekopelancongan milik jenama air mineral Spritzer. Pelawat boleh Melawat kilang pemprosesan air mineral, Bermain di mini golf 18 lubang, Meneroka hutan kecil semula jadi dan Menikmati suasana alam dalam persekitaran yang terjaga

Kilang Kopi Antong

Merupakan kilang kopi tertua di Malaysia (sejak 1933) dan masih beroperasi secara tradisional. Tarikan utama termasuk, Proses pemanggangan biji kopi secara manual, Muzium kecil berkaitan sejarah kopi dan kaitan dengan Dr. Sun Yat Sen dan Kedai menjual kopi asli Taiping – kopi O, kopi campuran herba dan produk cenderahati.

TEMPAT MAKAN HALAL YANG DICADANGKAN

Roti Bakar Arang Fadzil House

Roti Bakar Arang Fadzil House ialah salah satu port sarapan paling viral dan ikonik di Taiping, Perak. Terkenal sebagai pelopor utama roti bakar arang asli di kawasan ini, restoran berkonsep santai dan terbuka (open-air lot) ini sering kali dipenuhi pelanggan sehingga ada yang sanggup beratur panjang demi menikmati hidangan pagi mereka

Oasis Arabic Yemeni Cuisine

Restoran masakan Timur Tengah yang popular di Taiping. Menyediakan pelbagai jenis nasi Arab seperti Mandy, Kabsah dan Maqlubah, dengan pilihan ayam, kambing atau daging lembu. Dihidangkan bersama sup, sos khas dan salad.

Wan Ikan Bakar, Kamunting

Restoran makanan laut popular yang menyajikan pelbagai jenis ikan bakar segar, termasuk pari, siakap, kembung, sotong, udang dan kerang.

Nasi Kandar Beratur 786 @ Taiping

Nasi kandar tradisional dengan pelbagai kari dan lauk seperti ayam, kambing & seafood. Pilihan nasi kandar berkualiti tinggi dan berbaloi.

Larut Matang Hawker Centre – Bahagian Hala

Mee Combat, satay, mee jawa, rojak pasembor, murtabak dan banyak lagi hidangan tradisional. Pilihan rendah kos dan sangat lokal.

Chef Food Restaurant Taiping (Chinese Muslim)

 Masakan Cina Muslim halal yang lazat & berpatutan. Sangat dihargai oleh penduduk tempatan.

Raintree Kitchen Restaurant (Halal Dim Sum & Western)

Menu Dim sum seperti telur masin, dumpling bunga telang, mango sticky rice ice cream; juga menu Barat sambil menyediakan kopi teh unik seperti butterfly pea soya dan chrysanthenum tea.

Ansari Famous Cendol

Cendol klasik dengan santan pekat dan gula Melaka asli. Turut menyediakan pasembur dan rojak India yang lazat.

Apist Kitchen Taiping (Sandwich Viral)

Sandwich 6 perisa unik dengan isi banyak dan packaging Instagram‑worthy. Disyorkan untuk grab & go dan makanan pejabat/rumah

Lorong Dua Warung Kafe a.k.a Krongcong by Nadi Dua

Sebuah kafe hipster berkonsepkan warung moden dengan sentuhan seni dan budaya tempatan. Menawarkan menu fusion Melayu-Barat

Taiping Yong Tau Foo Original Recipe

Yong Tau Foo autentik, sup pekat & sedap

Deli Café 

Deli Café merupakan kafe bergaya kontemporari dengan sentuhan tempatan yang menjadi tarikan utama pelancong dan penduduk Taiping. Dekorasi moden dan suasana santai menjadikan ia tempat ideal

Homepasta

Home Pasta Taiping ialah sebuah kedai makan konsep home-style di Perak yang menyajikan pasta premium pada harga mampu milik, menjadikannya popular untuk golongan muda dan keluarga. Keunikan kedai ini terletak pada gabungan rasa barat dan tempatan, seperti menu tular Salted Egg Pasta dan Buttermilk Pasta. Anda boleh menyemak waktu operasi penuh atau arah jalan untuk kunjungan anda.

Taiping Meqrizq Republic Restaurant

Taiping Meqrizq Republic Restaurant ialah sebuah restoran popular yang terkenal dengan gabungan hidangan Nasi Arab, masakan Barat (Western), dan cita rasa Johor. Restoran ini menawarkan ruang makan berhawa dingin dengan hiasan dalaman yang cantik, menjadikannya pilihan utama untuk makan bersama keluarga, perjumpaan rakan sepejabat, atau sambutan hari lahir

Selera Azrorasa

Azrorasa merupakan sebuah restoran masakan kampung Melayu yang terkenal dan terletak di Matang, Taiping, Perak. Restoran ini amat popular dalam kalangan penggemar makanan tradisional kerana menyajikan hidangan laut yang segar dan dimasak terus selepas dipesan

Halwa by Ana Najia Cafe

Halwa by Ana Najia Cafe (juga dikenali sebagai Halwa Studio Bakery) ialah sebuah kafe estetik yang sangat popular dalam kalangan peminat pencuci mulut dan pastri di Taiping, Perak. Kafe ini bermula sebagai studio bakeri pada tahun 2020 sebelum berkembang menjadi salah satu port cafe hunting paling ikonik di bandar tersebut kerana kualiti pastrinya yang premium.

Lima Grill Cafe Taiping

Lima Grill Cafe Taiping (atau lebih dikenali sebagai Lima Grill Kamunting) merupakan sebuah kafe berkonsepkan masakan Barat (Western) dan tempatan moden yang sangat popular di kawasan Kamunting, Taiping, Perak. Kafe ini terkenal dengan hidangan premium yang lazat, porsi makanan yang besar, serta harga yang mesra poket pelanggan.

Bumbu Babah @ Sentosa Villa Taiping Gate 3

Bumbu Babah @ Sentosa Villa Taiping Gate 3 merupakan cawangan restoran Nasi Padang popular yang dibuka di dalam kawasan resort Sentosa Villa Taiping. Cawangan ini sangat unik berbanding cawangan Bumbu Babah lain kerana dikelilingi oleh landskap alam semula jadi dan hutan rimbun yang tenang

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2026 - RUMAH INAP JANA IMPIAN (003892067-H). DIURUS OLEH BYTE VISIONA SYSTEM TECH. (RA0135223-K)